Archives

gravatar

Isu Cinta - Apa Itu Nikah Gantung?

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

 
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya. Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.


Permalink
gravatar

21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita


Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda


Permalink
gravatar

Misteri Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mesti ramai yang tidak tahu yang jasad Firaun sehingga kini masih terpelihara, jadi satu kajian telah dibuat oleh seorang saintis yang sangat terkenal dan akhirnya hasil atau keputusan yang didapati sangat memeranjatkan sehinggakan saintis tersebut memeluk islam setelah mengkaji penemuan mayat firaun pada pertengahan tahun 1975..



Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.


Permalink
gravatar

PTI YANG DI UPAH UMNO SEJAK 1995?

Siapa kata mereka bukan pendatang asing yang di upah UMNO...



Permalink
gravatar

Alamak! Musytari akan hilang dan muncul semula awal pagi 12 Ogos 2012 ni!


Pada awal pagi 12 Ogos ini, rakyat Malaysia dan sekitarnya akan dapat menyaksikan sebuah fenomena langit yang jarang berlaku, iaitu planet Musytari akan ‘hilang’ buat beberapa seketika, dan ‘muncul’ kembali selepas itu!
Kenapa Musytari hilang?
Kehilangan buat beberapa ketika planet ini disebabkan Bulan akan bergerak di hadapannya selama beberapa ketika dan melindunginya dari pandangan mata kita. Kejadian ini boleh diibaratkan seperti mini-gerhana. Cuma kali ini pelakonnya ialah Musytari dan Bulan!
Fenomena ini saya suka panggilnya sebagai Penghijaban Planet. Asalnya dalam bahasa inggeris ialah Planetary Occultation, cuma masalahnya saya tidak jumpa istilah rasmi dalam BM.
Kali terakhir ia berlaku ialah pada 23 Feb 2009. Ketika itu, saya yang berada di Kuala Lumpur, telah menyaksikan Bulan menghijab hanya separuh sahaja daripada jasad Musytari. Bagi yang berada ke utara sikit, mereka telah menyaksikan penghijaban yang penuh.
Boleh klik LINK ini untuk perbincangan di forum FO ketika fenomena 2009 tersebut.
Foto dibawah menunjukkan keadaan penghijaban yang sedang dalam proses berlaku ketika itu.

Kiraan yang saya buat menggunakan perisian Astronomy, SkySafari, menunjukkan 2 senario yang berbeza untuk bagi anda di Semenanjung dan Sabah, Sarawak.
Pantai Barat Semenanjung
Bagi anda yang berada di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, ketika Bulan terbit di ufuk timur sekitar jam 2.30 pagi hari Ahad 12 Ogos 2012 nanti, Musytari sudah pun terlindung disebalik Bulan. Kelihatan di langit hanyalah Bulan sahaja. Namun, pada lebih kurang jam 3.05 pagi, secara tiba-tiba, akan muncul sinaran cahaya dari planet Musytari, dari bahagian Bulan yang gelap (Ketika itu, bulan berada di dalam fasa sabit tua).
Waktu di atas akan ada perbezaan sedikit, lebih kurang dalam seminit dua, di bandar-bandar berlainan.
Pantai Timur Semenanjung
Bagi anda yang berada di sekitar pantai timur pula, seperti Kelatan, Terengganu, Pahang, Johor, anda mungkin berpeluang melihat Musytari dan Bulan terbit bersama sekitar jam 2.17 pagi, dan pada jam 2.32 pagi Bulan akan mula menutupi Musytari. Ia akan muncul kembali sekitar jam 3 pagi.
Sarawak
Di Sarawak, kiraan saya ini berdasarkan lokasi di Kuching, menunjukkan Bulan akan terbit sekitar jam 1.51 pagi. Ketika itu, Musytari berada di bawah Bulan (belum lagi terhijab). Pada lebih kurang 2.16 pagi, barulah Musytari perlahan-lahan semakin hilang dari pandangan, dan ia akan muncul kembali pada jam 3.15 pagi.
Sabah
Bagi anda di Kota Kinabalu, Sabah, anda juga bernasib baik kerana dapat melihat keseluruhan fasa hilang dan munculnya Musytari ini. Bulan akan terbit pada jam 1.20 pagi, dengan keadaan Musytari berada di bawah Bulan. Kemudian planet ini akan hilang pada jam 2.20 pagi dan muncul kembali pada jam 3.20 pagi.
Harus ingat, setiap lokasi akan mengalami fenomena ini pada waktu yang sedikit berbeza. Adalah hampir mustahil untuk saya senaraikan setiap lokasi di Malaysia. Saya sarankan gunalah perisian seperti Stellarium untuk kenalpasti waktu yang tepat untuk kawasan anda.
Bagaimana cara melihatnya?
Disebabkan Musytari dan Bulan amat terang, ia boleh dilihat dengan MATA, tanpa sebarang masalah.
Jika anda ingin mengambil foto, saya sarankan guna DSLR yang lens-nya 300mm ke atas, agak bentuk Bulan lebih besar dan lebih jelas keadaannnya apabila Musytari hilang dan ketika ia muncul.
Sebagai contoh, foto di atas saya ambil guna lens Tamron 300mm je.
Simulasi
Saya turut sediakan video simulasi bagi bandar-bandar utama Malaysia, yang menunjukkan keadaan fenomena ini apabila dilihat menerusi teleskop berkuasa agak tinggi. Simulasi video ini telah dipercepatkan dengan sela masa 1 minit. Ia akan tumpu kepada lokasi Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.
(Jika video tak muncul, sila refresh page ini)

Secara asasnya, lagi ke timur anda berada di Malaysia, maka peluang untuk anda melihat keseluruhan fasa penghijaban ini lebih tinggi.
Jom teropong!


Permalink
gravatar

7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat



1. Ambil dosis EPA secukupnya
EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.
2. Seks secara terancang
Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.
3. Buat teka teki
Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak korang tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika korang tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.
4. Berjalan kaki
Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu korang menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran korang lebih ‘jernih.’
5. Ketawa/Senyum
Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak.Pastikan korang ketawa setiap hari yer.Lagipun senyum itu sedekah ;)
6. Berfikiran Kreatif
Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif.jadi,kalau korang minat muzik,selalu2 kanlah pergi Jamming
7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan
Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).
Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan pikiran korang dari penjara pikiran ‘seorang dewasa’, koraang akan menemui cara berpikir yang belum pernah ada sebelumnya.


Permalink
gravatar

Kanak-kanak mati ditindih keluarga



POLIS mengiringi sebahagian daripada lapan suspek kes bunuh seorang kanak-kanak berusia tiga tahun bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. 

Kanak-kanak perempuan maut ditindih dalam upacara pemujaan

BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati apabila lapan ahli keluarganya termasuk pembantu rumah warga Indonesia menjalankan upacara pemujaan dengan menindih tubuhnya di Bukit Minyak di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu.

"Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama. 

"Apabila lelaki berkenaan mendapati pintu bilik itu berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu, dia segera memaklumkan kejadian kepada polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azman berkata polis terpaksa memecah masuk bilik itu sejurus tiba di lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak itu sedang ditindih kesemua suspek.

Azman berkata hasil siasatan awal, suspek yang berusia antara 16 tahun hingga 67 tahun sedang melakukan upacara pemujaan dan jampi atas sebab yang tidak diketahui.

"Polis yakin kanak-kanak itu baharu sahaja mati berdasarkan keadaan mayatnya yang masih panas dan sebab kematiannya dipercayai berpunca daripada sesak nafas," katanya.

Katanya suspek yang terdiri daripada ibu, bapa, nenek, bapa saudara, ibu saudara, dua sepupu beserta pembantu rumah terbabit ditahan reman selama lima hari bermula hari ini di IPD SPT bagi membantu siasatan.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - 


Bernama


Permalink
gravatar

Lagi pemimpin Sabah keluar BN sokong Pakatan



Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pimpinan BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat.

Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran.
 

Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu.
 

John turut meletak jawatan Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan kini menyertai APS.
 

“Saya bersetuju dengan kenyataan Wilfred bahawa sistem penyampaian BN gagal memenuhi matlamat yang dikehendaki rakyat.
 

“Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah,” kata John dalam satu kenyataan.
 

Beliau akan bekerjasama dengan dua bekas pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran, Lesaya Lopog Sorudim dan Daukim Gilu untuk membentuk dan menggerakkan APS Bahagian Kiulu.
 

Sebelum ini, Naib Presiden Upko yang juga Senator Maijol Mahap; Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah dan Petrus Guriting turut mengisytihar keluar BN bersama Wilfred pada 29 Julai lalu.
 

Wilfred merupakan Ahli Parlimen Tuaran, bekas Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) dan bekas Pengerusi BN Tuaran.
 

APS adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam Sabah bagi menyokong Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.
 

Wilfred memulakan jelajahnya sejak 1 Ogos lalu dengan menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Parlimen Keningau yang diwakili Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan.
 

Pairin mewakili kedua-dua kawasan itu sejak 1976 hingga kini dengan beliau ketika ini turut menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah.


Permalink
gravatar

Pembongkaran Konspirasi Sejarah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,
Sekarang tiba masanya untuk kita mengkaji semula sejarah ketamadunan manusia.
Ketika awal persekolah menengah iaitu tingkatan 1, kita diajar tentang sejarah ketamadunan manusia bermula dari Zaman Batu, Zaman Gangsa, Zaman Logam dan zaman yang kita diami sekarang ini iaitu zaman moden. Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dari zaman batu.
Kononnya manusia zaman dahulu tidak tahu apa-apa. Mala htidak tahu bercakap dan tidak bahasa. Tetapi perkembangan sedikit demi sedikit mencapai kemajuan dan seterusnya memasuki dunia moden iaitu zaman yang kita berdiri pada hari ini. Itulah yang dipercayai oleh majoriti masyarakat kita pada hari ini. Apabila disebut zaman purba, mereka akan menyangka orang tinggal di dalam gua.
Tetapi tahukah anda bahawa kaabah dan Masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina sejak Nabi Adam A.S. sebagaimana yang telah disebut di dalam Hadis Rasulullah S.A.W. Dan ini menunjukkan bahawa manusia pertama sudah pandai membina dan adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabid Adam sudah pandai berkata-kata berpakaian dan bertindak seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.




















Adakah Nabi Adam dan Hawa di turunkan dalam keadaan sehina ini oleh Allah tanpa sebarang ilmu pengetahuan?




















 Ini adalah contoh binaan orang-orang yang kita gelar kononnya sebagai orang 
yang tidak bertamadun (orang gua).
























Sebuah artifak yang unik telah ditemui dalam tamadun Babylon, dan setelah dikaji, ianya merupakan sebuah bateri. Ini membuktikan bahawa sejak ketamadunan Mesopotamia manusia sudah pandai menggunakan elektrik sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan ini sekali gus menafikan bahawa Michael Faraday merupakan manusia pertama yang menemui elektrik dan Count Alessandro Volta tidak layak diiktiraf sebagai manusia pertama mencipta bateri.

Dan ini lukisan apa??












Oleh sebab itu kesimpulannya mudah sahaja,
Zaman Batu tidak pernah wujud !!
Zaman Gangsa tidak pernah wujud!!
Zaman Logam tidak pernah wujud!!
Paleolitik hanya satu istilah khalayan!!
Mesolitik hanya satu istilah dongeng!!
Orang Gua Satu PEMBOHONGAN!!!
Tahukah anda siapa di sebalik penipuan ini??
Dia ialah dan para pendokong teori evolusi manusia(dari monyet menjadi manusia)
teori evolusi hanyalah satu pembohongan.


Menjadi satu keperluan untuk kita mengenali sejarah sebenar kita. Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah.
Adam, Idris, Nuh, Hud, Sholeh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Aiyub, Syuaib, Yunus, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad
“…. Di masa kerajaan Sulaiman….”(Baqarah 102)
“…..sesudah Musa….”(Baqarah 246)
“…..sesudah Nuh…..”(isra’ 17)
Kerana Para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu. Inilah cara sebenar untuk mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan. Dan anda akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut, dan bagaimana ketamadunan mereka yang begitu canggih boleh HANCUR sekelip mata sehingga kita menyangka mereka berada di ZAMAN BATU.
“Telah berlalu aturan-aturan yang tetap sebelum kamu, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka  Bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan”
(Al-Imran : 137)
Mereka bukanlah “orang gua” yang hanya tahu makan dan tidur, tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang begitu hebat. Malah mungkin kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita pada hari ini. Ilmu pengetahuan mereka begitu tinggi, sehingga mampu mencerap bintang-bintang di langit.
Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada Allah, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam sahaja, sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang-orang zaman batu yang tidak pernah menciptakan apa-apa pun. Dan begitulah bagaimana sejarah berulang, tetapi amat sedikit yang mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Dan sejarah terus berjalan , sehinggalah ke peringkat akhir.
Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-Nabi yang diutuskan. Dan apabila Nabi yang terakhir telah diutuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa terakhir. Fasa ini adalah begitu penting bagi makhluk yang bernama Iblis. Kerana Iblis sudah berjanji kepada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.Mengikut hadith, zaman umat Nabi Muhammad dibahagiakan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa.
Mengikut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup. Zaman ini sudah berlalu.
Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4 Khulafa’ Rashidin iaitu Saidina Abu Bakar,Saidina Umar Al-Khatab, Saidina Uthman Affan, Saidina Ali Abi Talib. Zaman ini juga sudah berlalu.
Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang mengikut sistem monarki  yang menyerahkah kekuasaan pemerintahan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa menggunakan sistem monarki ini. Zaman ini juga telah berlalu.
Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Dan fasa itu ialah zaman sekarang. Kemudia setelah berlalunya fasa ke-4, akan datang pula fasa ke-5.
Fasa ke-5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, tiba-tiba Rasulullah diam. Diam bermaksud “sejarah manusia sudah tamat”.
Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah. Fitnah yang paling bersar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke-5 kerana fasa ke-5 kekuasaan telah berrada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke-5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya fasa ke-4 sahaja peluang Iblis untuk mengumpul pengikutnya seramai yang mungkin untuk ke neraka. Dan fasa ke-4 itu adalah zaman yang kita berada SEKARANG!!!
Sebelum turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke-5. Seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia.



Siri Perang Salib pada 1099 adalah permulaan kepada dunia yang dikatakan “moden” ini. Ketika itu, Jurusalem telah jatuh ke tangan tentera Salib. Pada 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawal keadaan di Jurusalem dan juga telah mencipta satu sistem ekonomi sendiri. Tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada kumpulan Knight Tempolar yang tidak pernah kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemui “harta” yang tidak ternilai di bawah Masjid Al-Aqsa ketika berada di Jurusalem.
Nota Sampingan: Baru-baru ini kecoh mendengar khabar berita tentang tentera Zionis menggali di bawah Masjid Al-Aqsa. Mungkinkah mereka cuba lagi mencari harta ini? Kita tidak dapat tahu dengan jelas kerana KEBENARAN sentiasa di sembunyikan daripada kita.
Harta yang dimaksudkan sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman merampas semua buku-buku sihir dan telah menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah Al-Aqsa. Knight Templar telah menemui bilik tersebut dan mempelajari symbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israil.
Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agam Kristian dan mengamalkan upacara penyembaha Iblis. Mereka dapat berhubung dengan Al-Massih Ad-Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi. Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingan. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya. Termasuklah membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.
Dan mereka mengikut apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada 2 Malaikat Harut dan Marut di negeri Babil”.(Al-Baqarah :102).
Tetapi Jurusalem Berjaya dirampas semula oleh tentera Islam. Knight Templar terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar. Hampir semua ahli ditangkap,dibunuh dan dibakar hidup-hidup.
Nota Sampingan: Tetapi kita diajar di dalam sejarah kononnya mereka yang ditangkap itu adalah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan di Eropah.
Namun sebahagian kecil daripada mereka terselamat. Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi “Freemason”. Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasi menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi. Demi menutup semua konspirasi jahat mereka, mereka perkenalkan istilah “renaissance” dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat “mulia” dalam lipatan sejarah.
Maka tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan. Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Bermulalah era penjajahan. Akhirnya mereka Berjaya menguasai Jurusalem semula. Haikal Sulaiman mesti didirikan untuk ketua mereka, iaitu Dajjal. Langkah pertama orang-orang yahudi mesti ditindas supaya mereka dalam keadaan terdesak. Lalu Holocaust dirancang.
Nota Sampingan: Holocaust merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beberapa kumpulan etnikagamanasional, dan sekular sewaktuPerang Dunia II. Ia bermula pada tahun 1941 dan diteruskan sehingga 1945. Kumpulan Yahudimerupakan sasaran utama Holokus dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai “penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi”. Dianggarkan enam juta orang Yahudi terkorban didalam pembunuhan beramai-ramai ini.
Setelah Yahudi dalam keadaan terdesak, mereka perkenalkan Zionis kepada Yahudi kononnya untuk menyelamatkan Yahudi. Orang Yahudi dihasut untuk membina sebuah Negara di Palestin bagi mengelakkan mereka daripada ditindas. Mereka juga dihasut supaya membina Haikal Sulaiman, Walhal, di dalam kitab Talmud sendiri terdapat larangan kepada Bangsa Yahudi daripada membina sebuah Negara sendiri.
Nota Sampingan: Kitab Talmud  adalah catatan tentang diskusi para rabi yang berkaitan dengan hukum Yahudietika, kebiasaan dan sejarah. Talmud mempunyai dua komponen: Mishnah, yang merupakan kumpulan Hukum Lisan Yudaisme pertama yang ditulis; dan Gemara, diskusi mengenai Mishnah dan tulisan-tulisan yang terkait dengan Tannaim yang sering membahas topik-topik lain dan secara luas menguraikan Tanakh.

Orang Yahudi telah dijadikan kambing hitam bagi menubuhkan Haikal Sulaiman untuk menyambut kedatangan semula Al-Masih Ad-Dajjal. Pertubuhan Zionis telah dicipta oleh para penyembah syaitan untuk menipu seluruh Kaum Yahudi yang ditindas oleh mereka sendiri. Kerana Itulah sebahagian Rabbi Yahudi yang menyedari agenda jahat tentera dajjal ini berusaha menyedarkan dunia bahawa orang-orang Yahudi ini telah ditipu oleh Zionis.



Permalink