Archives

gravatar

Hukum Buat Pinjaman Untuk Berkahwin

Zaman sekarang orang lelaki terutamanya takut untuk berkahwin kerana melihatkan kos perkahwinan yang semakin tinggi. Timbul persoalan, bolehkah kita membuat pinjaman untuk kos perkahwinan?

Hukum Buat Pinjaman Untuk Berkahwin | Apabila kita menyebut tentang perkahwinan, pastinya sudah tergambar mengenai soal kewangan. Hal ini kerana pada zaman sekarang kos perkahwinan dianggap terlalu mahal sehinga mencecah puluhan ribu ringgit. Oleh kerana itu, maka timbul isu bolehkah kita membuat pinjaman untuk majlis perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud :

“ Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)

 

Buat Pinjaman Untuk Berkahwin

Kita akui kos perkahwinan dan mas kahwin sekarang ini sangat mahal sehingga boleh diibaratkan seperti ibu bapa menjual anak perempuannya. Malah perkara ini menjadi budaya dalam masyarakat melayu berlumba-lumba meletakkan mas kahwin dan hantaran yang mahal, kerana itu adalah kebanggaannya dan akan menjadi sebutan orang kampung.

Perlu kita ketahui bahawa hantaran itu merupakan perkara yang tidak wajib. Tidak menjadi masalah kalau hantaran itu tiada dan perkahwinannya juga tetap sah. Hantaran ini diadakan adalah untuk membantu keluarga perempuan untuk menyediakan majlis walimatulurus supaya perkahwinan anaknya dapat diistiharkan kepada orang kampung dan kaum kerabat. Tetapi sekarang ini kita lihat budaya itu telah berubah, ada yang mengambil hantaran untuk keuntungan peribadi, ada yang meletakkan hantaran dengan harga tinggi untuk berbangga, ada yang ingin menunjuk-nunjuk dan banyak lagi.
Ini secara tidak langsung menjadi bebanan kepada pengantin lelaki untuk menyediakan wang yang banyak sebagai kos untuk melangsungkan perkahwinan beliau. Islam telah menggariskan bahawa perlansungan perkahwinan itu secara sederhana sahaja dan tidak bermegah-megah dan tidak membebankan. Hal ini semualah yang menyebabkan berlakunya pinjaman bank, ah long dan sebagainya untuk melangsungkan perkahwinan.

Pinjaman bank untuk melangsungkan perkahwinan adalah harus, tetapi ia bergantung kepada niat kita, kalau meminjam semata-mata untuk melaksanakan perkahwinan yang besar, terdapat pula di dalamnya persandingan, lagu-lagu yang tidak baik dan perkara-perkara yang diharamkan, maka itu adalah haram sebab di situ jelas melanggar batas syariat Islam. Tetapi kalau kita meminjam untuk melaksanakan kenduri yang sederhana dan tidak bertentangan dengan syariat disebabkan memang duit yang dikumpulkan tidak mencukupi, maka itu adalah harus.
Pinjaman yang di buat mestilah dari pinjaman syariah, kalau pinjaman yang berunsurkan riba, maka itu adalah haram. Mudah sahaja untuk mengetahui pinjaman syariah ataupun tidak, anda semua boleh lihat di dalam iklan pinjaman ada tertulis huruf “i”, maka itu melambangkan pinjaman itu secara syariah. Terlebih baik, elakkan meminjam bank, kerana pinjaman ini terlibat dengan perkara-perkara yang subhah atau ragu-ragu halal dan haramnya, hal ini juga akan membuatkan perkahwinan itu akan hilang keberkatannya.

Sebagai usaha yang baik untuk mengelakkan pinjaman, pihak pengantin lelaki dan perempuan perlu berpakat dan perlu bersatu dan mengurangkan kos perbelanjaan perkahwinan, buang acara-acara yang membazir seperti persandingan, DJ, sound sistem, mak andam dan kos-kos yang tidak penting. Penganting lelaki dan perempuan perlu berpakat dan berusaha mengumpulkan duit dari awal sebagai persediaan awal, kalau itu tak cukup juga, cuba minta sponsur keluarga yang terdekat, kalau itu tak cukup juga, maka barulah buat pinjam sebahagian yang tidak cukup sahaja dari bank.

Tujuan perkahwinan adalah mencari kebahgiaan dan keberkatan, awalilah perkahwinan itu dengan nilai-nilai Islam supaya ia menjadi berkat dan dirahmati Allah, buatlah kenduri yang dikehendaki oleh Islam iaitu sederhana dan tinggalkan adat-adat yang sesat dalam perkahwinan. Jangan jadikan kenduri perkahwinan itu dicampur adukkan perkara yang haram dan halal, kerana kenduri tersebut akan menjadi haram. Kalau kenduri dah jadi haram, maka hilanglah keberkatannya, dan disebabkan itulah berlakunya pergolakkan rumahtangga, penceraian, perkelahian dan sebagainya. Sebelum ini saya telah siarkan satu artikel yang bertajuk Jangan Berlebihan dan Menunjuk-nunjuk Dalam Perkahwinan.


Lihat dari hikmah perkahwinan ini adalah untuk menyatukan dua buah keluarga dan mengeratkan silatulrahim antara keluarga lelaki dan perempuan. Sebagai keluarga belah perempuan, pertimbangkan dahulu keupayaan bakal menantunya dari segi ekonominya dan taraf kehidupannya. Kalau didapati bakal menantunya dari golongan bawahan atau pertengahan, maka sesuaikanlah hantaran itu dengan ekonominya, supaya bakal menantunya dapat menyediakan kos perkahwinan tanpa pinjaman bank dan sebagainya. Ambillah sekadar untuk melaksanakan kenduri yang ringkas dan sederhana sahaja.

Biar kenduri itu tidak besar, tetapi penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah. Fikirkan kehidupan anak perempuan dan suaminya selepas perkahwinan nanti, supaya mereka tidak dibelenggu dengan bebanan hutang perkahwinan.

Sumber: Ustaz Amin | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net


Permalink
gravatar

Perkara-perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam merupakan agama yang mudah dan tidak membebankan. Membicarakan isu majlis kenduri kahwin (walimah)  daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, majlis kenduri kawin (walimah) daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat firman Allah SWT maksudnya :“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(boros) dengan melampau (Surah al-Isra' ayat 26)

Terdapat banyak perkara-perkara bertentangan dengan ajaran Islam semasa di adakan majlis kenduri kawin di dalam masyarakat kita. Sebagai seorang muslim-mukmin yang beriman dan  bertakwa kita perlulah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang bertentang dengan ajaran Islam. Jika boleh di elakkan maka elakkanlah semoga kita mendapat keredaan Allah SWT.

Oleh kerana majlis kenduri kawin adalah sebagai satu ibadah (meraikan tetamu dengan majlis jamuan) selepas majlis akad nikah dijalankan, maka perlulah kita berwaspada supaya ibadah yang kita baru tunaikan tidak dicemari dengan kemugkaran dan mendapat kemurkaan Allah SWT.



Perkara-perkara yang bertentangan tersebut adalah seperti berikut :


Pertama : Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?

Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan  dari al-Quran.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT. yang bermaksud : " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' ayat 4 )

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Hadis Riwayat Bukhari )

Dari hadis di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah SAW  pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat al-Quran, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Nabi SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Hadis Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Hadis Riwayat Ahmad )

Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulama tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin tanpa kebenaran anak perempuan yang berkahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu ringgit Malaysia adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin. 

Jika hantaran tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan pihak lelaki berkemampuan membayarnya tidaklah menjadi satu kesalahan dan ianya diharuskan.



Kedua : Adakah bersanding merupakan ajaran Islam?

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang berlaku semasa  majlis bersanding  ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam al-Quran , Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah.

Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.

Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36. : “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram” 

Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.

Berinai adalah salah satu amalan semasa majlis perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW  tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra : "Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya : " Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai).” 
(Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa’i 5092)

Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim: Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi SAW  melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ketiga : Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?

Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang? Beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya dibuang begitu sahaja! Adalah jauh lebih baik rombongan pengantin lelaki membawa makanan atau buah-buahan sebagai hadiah kepada pihak pengantin perempuan. Sirih junjung dikira sebagai  barang membazir dan menyusahkan sahaja.



Keempat : Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan  bersolek (berlebih-lebihan) di majlis perkahwinan ini?

Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis riwayat Muslim. Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a katanya : "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”

Apa yang jelas dari bersolek adalah satu dosa kerana termasuk dalam "Tabarruj" dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan dilarang oleh Allah SWT . Jika bersolek sekadarnya dan tidak nampak bedak yang tebal dan tiada perhiasan yang berlebihan tidaklah dilarang.


Kelima : Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis  riwayat Bukhari daripada Aisyah r.ha bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."

Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya :" Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”

Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.

Sahabat yang dimuliakan,

Islam menyarankan majlis kenduri kahwin (walimah) hendaklah diadakan cara yang sederhana tetapi meriah. Tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Jika kurang berkemampuan adakan majlis yang sederhana sahaja dan perlu mengundang saudara mara yang terdekat , jiran tetangga dan sahabat-sahabat yang rapat sahaja. Tidak perlulah berhutang dan bergolok bergadai semata-mata untuk mencari kemegahan dan riak sedangkan cara seperti ini dilarang dan ditegah oleh agama.

Kenapa  perkahwinan umat Islam sekarang ini tidak kekal dan berlaku penceraian walaupun umur perkahwinan tidak sampai setahun? Sedangkan kos perbelanjaan perkahwinan telah dihabiskan puluhan ribu ringgit. Puncanya adalah tidak terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kerana terdapat banyak unsur maksiat dan dosa semasa dilangsungkan majlis perkahwian tersebut. Oleh itu perlulah kita buangkan adat-adat melayu lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adat bersanding, hiburan yang mendatangkan dosa dan mengelakkan pembaziran dengan menyediakan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Majlis prkahwinan adalah ibadah, pastika kita tidak melaggar batas-batas syarak yang di benarkan oleh Allah SWT.

Sumber: https://www.facebook.com/notes/abu-basyer/perkara-perkara-bertentangan-islam-dalam-majlis-kenduri-kahwin/10150342611961040


Permalink
gravatar

WANG HANTARAN - Tahukah anda..

CERITA HAL HANTARAN KAHWIN!! 

HANTARAN Zaman sekarang ni kan hantaran makin naik harga. Maklumlah kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik, naik lagi harga bakal2 bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah sengkek lah tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah hai… macam-macam story lagi.

Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje ni semua kerja orang pompan dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum 00. Hantaran 00, 00 masih ada jugak tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah… .korang bacalah : Sebab..
1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jembu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Kakak belum kahwin jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
7. Bapak pompan towkay kayu balak mak pulak bekas ekseketip

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang berbual antara family lelaki je) : 

1. “Eh! Nak meniaga anak ke pe?”
2. “Kalau pandai masak ke jahit ke satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je.”
3. “Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan.”
4. “Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenggek je.”
5. “Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?”
6. “Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?”

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :

1. “Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Members tak cerewet.”
2. “Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.”
3. “Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.”
4. “Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je.”
5. “Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.”
6. “Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin.”
7. “Kita worang Yindia mari. Itu yantaran kita kasi jugak. Tapi lupya anak musti tinggal sini jugak. Kita pya sarkek tamoh kasi dudur sana wokay?”

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya;jawapannya :

1. “Okay setuju. Kita up lagi ,000. Nothing much ler.”
2. “Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler.”
3. “Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je.”
4. “Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah.”
5. “Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu.”
6. “Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?”

Haa… tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni. Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutan lah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2. Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit.

Dipetik dari -->http://www.zilhan.com/cerita-hal-hantaran-kahwin/

-----------------------------------------------------------------------------------------

DUIT HANTARAN TINGGI…KEPERLUAN ATAU KEHENDAK???

Bab2 berapa duit hantaran aku nak kawen dah settle dah pun..dah dibawak berbincang dan dah confirm pun. Tinggal nak kumpul, cari masa yang sesuai, kawen and live happily ever after. cewah!!

Tapi…yang membuatkan aku panas membakar adalah kesah yang aku taw pada pada pg td lepas aku merelease otot2 di gym. kalo aku taw sebelum, bole gak aku hentam harta2 kat Fitness First td. Cis! kesah nyer sedang aku berborak2 pasal duit dan masa depan bersama2 kakak aku, tetba ajer dier bercerita. pada suatu hari, mak bapak aku g umah org kawen. topik hangat masa kenduri mesti la salah satu nyer ialah duit hantaran. ada la orang yang x sayang mulut cakap mcm ni ” Duit hantaran anak orang ni RMXXXXX….huh kalah hantaran dokte” Mak bapak aku diam ajer. malas nak menjawab. Aku marah..marah..seyes ly marah.

HELLO~ duit hantaran ni hadiah buat isteri dari suami. bukan bebanan buat suami untuk dapatkan isteri. Karang sbb nak penuhkan impian mak bapak mentua, sanggup bergolok gadai and hutang keliling pinggang. biler dah kawen, makan pasir. x sampai 6 bulan, along cari. pastu kena parang. dah menjanda anak tu…kalo dapat anak Tan Sri ker, Dato’ ker atau mmg menantu tu cop duit xper la. ekonomi mmg stabil. tp kalau ekonomi sendiri terumbang-ambing, x payah la nak ditambah kepeningan kepala anak menantu tu. karang muda2 dah botak.Tambah plak kalo angka duit hantaran tu sekadar tuk menunjuk2..hentikan lah…

Ye, aku tahu barang sekarang mahal. nak jamu orang makan ajer dah berapa?? goody bag lagi. bunga telor. dulang hantaran. pelamin. baju. hias bilik. mak andam. aku tahu. sedangkan aku tunang ajer dah hbs banyak. Tp x bole ker bertolak ansur duit hantaran tu sbb duit 2 wajib bagi. kalo xbg=x kawen.kalo hantaran RM10k, makna nye kat tangan kena at least RM20k sbb campur kenduri belah lelaki lagi?? duit nak spare lepas kawen lagi?? ingat nak tanggung anak dara orang ni senang??..jgn plak jd mcm ni ” when poority knock the door, love fly thru the window” Lu pikir la sendiri…

Dipetik dari --> http://cassia.blog.friendster.com/2009/03/duit-hantaran/ 

-----------------------------------------------------------------------------------------

HARAM DUIT HANTARAN HASIL HYIP

Harian metro:
Hantaran duit saham

SAYA wanita berusia 28 tahun dan ada teman lelaki berumur 33 tahun. Kami merancang mendirikan rumah tangga selepas setahun berkenalan.

Sebulan lalu teman saya membuat pelaburan di Internet dan hasil keuntungannya dijadikan hantaran perkahwinan.

Bagaimanapun baru-baru ini saya terbaca bahawa wang pelaburan Internet adalah haram. Ini membuatkan kami benar-benar hampa kerana ibu saya tidak suka teman lelaki saya dan menetapkan hantaran tinggi.

Soalan saya, bolehkah teman saya meneruskan pelaburan itu sehingga memperoleh wang cukup untuk berkahwin kerana sehingga kini belum ada kata putus daripada kerajaan mengatakan ia benar-benar haram.

Adakah benar pelaburan Internet haram kerana teman saya melabur pada syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan minyak?

-SAL
Kuala Lumpur

Pelaburan melalui Internet sudah difatwakan sebagai haram. Daripada sudut agama, jika sesuatu perniagaan mempunyai unsur shubhah, riba dan gharar (keraguan) hendaklah dielakkan.

Jika difikir daripada segi akal, mana mungkin ada pelaburan atau perniagaan yang menjamin keuntungan secara tetap, apalagi cepat pula pulangannya.

Perniagaan pada asasnya mesti mempunyai risiko dan belum tetap keuntungannya.

Jika seseorang berniaga, dia tidak dapat menetapkan keuntungannya melainkan setelah selesai perniagaan baru tahu untung atau rugi sesuatu perniagaan.

Dengan keluarnya fatwa ini, umat Islam dilarang terbabit dengan perniagaan sebegini.

Kerajaan sentiasa membantu mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi tidak mampu. Saya cadangkan saudari menghubungi Jawatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), apatah lagi saudari tinggal di Wilayah Persekutuan.

JAWI ada pelbagai program untuk membantu pasangan yang tidak mampu tetapi ingin berkahwin.


Dipetik dari --> http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=16210 

-----------------------------------------------------------------------------------------

KELIRU DUIT BELI BARANG HANTARAN 

SAYA bakal mendirikan rumah tangga hujung tahun ini. Keluarga saya tidak ada pengalaman kerana mereka mualaf. Saya keliru apabila terlalu banyak pendapat.

Bakal suami pula berasal dari Sabah dan kami mempunyai adat yang berbeza. Oleh kerana itu, kami membuat keputusan apabila barang hantaran pihak saya, belanjanya diambil daripada duit hantaran iaitu RM15,000. Bolehkah duit untuk membeli barang ketika upacara membatalkan wuduk seperti gelang, cincin, rantai atau subang diambil daripada wang hantaran jika keluarga saya izinkan? Ini kerana ada sesetengah pendapat mengatakan barang itu mesti menggunakan sumber wang yang lain, bukannya ambil daripada wang hantaran.

-ANNE
Johor.

DALAM adat majlis perkahwinan orang Melayu hantaran adalah hadiah atau pemberian berupa makanan, pakaian dan sebagainya dibawa bersama wang hantaran. Apa yang wajib dalam Islam adalah bayaran mahar atau mas kahwin. Selain itu pengantin lelaki boleh diminta membayar wang yang lain kepada ibu bapa pengantin perempuan. Ia dipanggil duit atau wang hantaran menurut adat tempatan. Ia kadang-kadang membebankan pengantin lelaki.


Pada kebiasaannya ibu bapa pengantin perempuan mengambil wang hantaran untuk belanja kahwin atau kenduri. Selain itu ia digunakan untuk membeli hantaran balas seperti gelang, cincin, rantai dan sebagainya. Dengan itu tidak salah menggunakan wang hantaran terbabit setelah dipersetujui ibu bapa pengantin perempuan.


Dipetik dari --> http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keliruduitbelibaranghantaran/Article/indexp_html 

-----------------------------------------------------------------------------------------

BERKENAAN WANG HANTARAN!! 

Wang hantaran tu tidak wajib tapi adat melayu yang kolot ni mewajibkan wang hantaran demi menjaga maruah konon tapi sebenaqnya nak menunjuk kepada saudara mara dan jiran2 betapa loadednya si lelaki ni, padahai dah ikat perut sebelum kawin dan merana selepas kawin. Wang hantaran jangan sesekali diutamakan, tidak termasuk langsung di dalam hukum munakahat (hukum perkahwinan Islam). Kalau mas kawin tu lain la. Kewajipan wang hantaran juga adalah salah satu punca golongan berpendapatan rendah sukar untuk kawin dan lebih mudah terjerumus ke kancah zina.

Amalan hantaran ni mesti dihapuskan. Orang ramai lebih melihat kepada jumlah wang hantaran dan segala dulang2 melebihi perkara wajib yang perlu disaksikan. Memang perlakuan zina tak kira kaya atau miskin, tetapi benda2 yang menggalakkan perlakuan tu mesti dihentikan. Sebagai contoh kenapa kita pakai helmet bila naik moto? sebab takut mati pecah kepala bila accident walaupun kita tahu ajal maut di tangan Tuhan? Terima sahaja hakikat bahawa majority orang susah nak kawin sebab duit hantaran, bukan mas kawin dan hukum munakahat yang lain. Bagi keluarga pihak perempuan pula, janganlah meletak harga bagi anak mereka yang nak dinikahi, seolah2 anak perempuan boleh dijual dengan jumlah wang tertentu. Hentikan amalan yang tidak wajib ini lagi membebankan.

Dipetik dari --> http://nogold.com/forum/showthread.php?41344-Adat-Perkahwinan-Melayu-!-Berkenaan-wang-hantaran-! 

-----------------------------------------------------------------------------------------

ANTARA MAHAR DAN WANG HANTARAN

Yang WAJIB kepada Pengantin Lelaki ialah Mahar @ Mas kahwin.
Mas kahwin dalam bahasa agama dikenali dengan enam macam istilah:
Al-Mahr, As-shadaq As-shadaqah, atau fariidhah, An-Nihlah, Al-Hibaa'a, Al-Ajr, Al-Aqr, Al-'alaa'iq.
Kalau dirangkum dari sudut Istilah Fiqh nya bererti: pemberian dari suami kepada isterinya sebagai tanda kesungguhan cinta dan tanggungjawabnya, bukan sebagai bayaran.
Mahar adalah syarat sahnya pernikahan, wajib ditunaikan seperti permintaan isteri ( Selama suami mampu ) kalau tidak disebutkan jumlahnya maka mengikuti mahar yang berlaku umum [ Mahar Misil]. Sengaja meninggalkan member MAHAR, membatalkan pernikahan. Mahar itu boleh berupa barang atau manfaat seperti mengajarkan membaca, menulis dan sebagainya.. Silakan buka kembali Fiqih Sunnah, Subulussalam, Bidayatul Mujtahid, masing di BAB: As-Shadaaq )
Dalil kewajipannya :
وَآَتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً
yang bermaksud “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskawin-maskawin mereka sebagai pemberian yang wajib”.

Dalam hukum-hakam yang berkaitan dengan mas kahwin, panel pengarang Fiqh Manhaji membahaskan pada muka surat ke 641, bahawa Pengantin Lelaki boleh @ harus menyegerakan pemberian mas kahwin ataupun menangguhkannya.

Dalam buku Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan Menurut Islam, terbitan Pustka Ilmi,pada muka surat 84, dengan jelas menyatakan “ Mahar @ Mas Kahwin, boleh dijelaskan secara TUNAI dan boleh juga BERHUTANG.

POINT PENTING BERKAITAN HANTARAN

HANTARAN hanyalah tradisi @ adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Sedangkan tidak ada 1 dalil pun di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian HANTARAN untuk pengantin wanita.
Rasulullah menyarankan agar kita mempermudahkan urusan perkahwinan, dengan merendahkan nilai Mas Kahwin dan menyegerakan walimah [ Kenduri Kahwin]. Andai pengantin lelaki dibebani dengan urusan menyediakan Wang Hantaran berupa serba satu, serba dua atau belanja hangus, atau terpaksa menyediakan belanja kenduri, ini satu bebanan yang hanya akan melambatkan proses pernikahan itu.
Kalau pihak Lelaki tidak mampu menyediakan wang Hantaran ini, bermakna tak dapatlah dia kahwin . Tak dapatlah dia berkahwin untuk menjaga kesucian diri dan kemurnian maruahnya?
Kekadang, jadi macam satu perlumbaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, perawan manakah yang lebih tinggi nilai hantarannya.. Maka ia telah jauh daripada Ruh Islam yang yang inginkan kita saling bantu membantu dalam perkara kebaikan, kebajikan & taqwa. Firman Allah :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa


KESIMPULAN

1) Pada pandangan saya, memandangkan kedudukan HANTARAN itu sendiri bukanlah mempunyai asas yang kukuh dalam agama, maka tidak menjadi 1 kecacatan pada bakal suami jika terpaksa berhutang di dalam menyediakannya.
2) Bayangkanlah, kalaulah MAHAR @ Mas Kahwin yang bertaraf WAJIB itu pun, boleh disediakan secara berhutang, takkanlah HANTARAN yang menjadi adat warisan itu mesti disediakan secara tunai. Ini satu hal yang tidak adil.
3) Andai terpaksa berhutang pun, jangan sampai hutang itu makin membebankan pasangan di awal usia perkahinan mereka.
4) Berhutang di awal perkahwinan ini, hanyalah tanda permulaan buruk bagi rumahtangga yang baru dibina.
5) Justeru, berbincang secara baik antara pasangan agar dapat kita lestarikan “ Baiti Jannati” diatas dunia yang sementara ini.


Permalink
gravatar

10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita nak dedahkan 10 daripadanya!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


Permalink
gravatar

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?




SAINTIS Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. 

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.


Permalink
gravatar

Hollywood semakin berani untuk mengecam Islam

Ni betul-betul membangkitkan kemarahan umat Islam... Al-Fatihah dipermainkan dalam  ni.. Apa-apa pun, jom terjah lagu (videoklip) 'sial' ini...





Permalink